HAYATILAH....

Bahagia atas setiap perintah Allah. Gembira dengan menjauhi semua larangan-Nya. Baik susah atau senang, tawa atau tangis hiba, ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa mengiringi kerana keyakinan dan kesefahamannya bahawa dirinya "ada" Dia Yang Maha Mengasihani, Maha segala-galanya untuk dia mengadu untung nasib sendiri.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28)

FAMILI

namenye irfan
-sifat malu yang positif terus amalkan

 anak kesayangan yang paling baik...
-sentiasalah menghormati orang yang lebih tua dari anda...
-jaga adap dan tingkah laku....sentiasalah ikut segala peraturan
  hidup....moga berjaya dunia dan akhirat.....



Kebersihan melambangkan kepatuhan pada ajaran agama yang baik....fizikal dan mental

 dapur kesayangan ku
-utama kan pemakanan secara halal dan terjamin kebersihannya
-"makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang"

DIET YANG BAIK

-Makan ikut waktu
-Makan makanan yang seimbang
-Makan buah2an terlebih dahulu
-Makan ikut keperluan
-Makan secara sihat





                            






                   haiwan kesayangan suamiku
   










Buat Along....

Good Luck...Semoga success Your SPM result
                    redha dengan semua ketentuan Allah.....semua ada hikmahnya ...jadilah hamba Nya yang
                    sentiasa bersyukur ....sentiasalah tunduk patuh kepada Pencipta yang Esa.
                    Jangan lupa sujud syukur....
                     Tahniah...moga jadilah pendidik yang baik yang dpt dicontohi oleh semua anak didik kita

Peringatan buat anak-anak didikku.....


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapibiasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.






Sumber : http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/


hiburan
Istilahnya sahaja sudah menyeronokkan kerana ia mengingatkan kita untuk relaks dan bersantai. Menurut Kamus DBP, hiburan itu sesuatu yang menyukakan dan menggembirakan hati. Ia juga adalah sesuatu yang menyeronokkan yang mampu mengalih perhatian, mengikut Kamus Merriam-Webster pula. Melihat kepada maknanya, hiburan itu suatu aktiviti yang ringan.







Namun, oleh kerana ia menggembirakan, maka hiburan menjadi rekreasi kegemaran yang akan dilakukan oleh kebanyakan daripada kita. Meskipun pada mulanya hiburan adalah sesuatu yang sampingan, oleh kerana ia menjadi minat manusia yang meluas, maka hiburan menjelma menjadi satu industri.
Sedangkan revolusi industri di United Kingdom pada kurun ke-18 dan ke-19 yang telah mengubah sama sekali sosio-budaya dan sosio-ekonomi manusia, hiburan tidak pernah menjadi pilihan manusia untuk dikembangkan. Sebaliknya, bidang pertanian, pengeluaran, perlombongan, pengangkutan dan juga teknologi yang menjadi penjana asal revolusi industri itu.
Hiburan yang berupa acara sampingan, kini sudah menjadi acara utama kerana hiburan menjenguk dan mencelah di mana-mana, pada setiap ruang dan ketika. Kita bangun pagi bukan lagi kerana mendengar kokokan ayam, tetapi bila muzik rancak berkumandang daripada jam di telefon bimbit.
Apabila memutar ke stesyen radio, kita mendengar celoteh juruhebah yang lebih gemar memperkatakan topik-topik yang lawak hingga kita tertawa. Kita sudah tidak mendengar juruhebah yang memperingat kita dengan informasi atau menasihati kita kata-kata hikmat. Lawak hanya menghiburkan. Ia tidak akan membahagiakan seperti mendengar kata-kata hikmat.




Di akhbar-akhbar, berita-berita tentang ekonomi, masalah sosial dan bisnes jarang sekali dipilih menjadi tajuk utama. Sebaliknya berita-berita orang-orang politik yang berpolemik, cerita sensasi dan berbaur seks lebih mendapat tempat kerana ia berunsur hiburan. Di televisyen juga, drama, program realiti, konsert dan peragaan fesyen didapati lebih banyak daripada program-program berupa informasi, penyelidikan dan keilmuan.
Apabila kita membuka internet, terdapat berjuta-juta gerbang dan laman berupa hiburan hinggakan kita terlupa menjadikan komputer sebagai alat untuk memperoleh ilmu, bukannya untuk mendapat hiburan. Hiburan kini muncul di mana-mana. Hinggakan kita bukan lagi memilih hiburan untuk merehatkan fikiran, tetapi kita terpaksa memilihnya kerana ia dipersembahkan dalam beranika bentuk. Justeru itu, kita dileka dan dilalaikan. Tanpa kita sedari, kita tidak boleh hidup tanpa hiburan barang seketika.



Santapan rohani kita bukan lagi solat, zikir dan tafakur. Bukan lagi melihat mentari senja terbenam, atau melihat sekawan burung berterbangan pulang ke sarang. Sebaliknya santapan rohani kita adalah persembahan yang tentunya mengandungi muzik yang bergemuruh bunyinya dan cerita tahyul yang menakutkan hingga ia memberi kesan terhadap tabiat tidur kita.
Santapan jasmani kita bukan lagi pergi ke hutan memikat burung, berlari di sawah dengan berkaki ayam atau berperahu mudik ke kuala. Santapan jasmani kita adalah tarian yang diiringi muzik yang membingitkan. Kalau adapun yang bersukan, jumlah yang menjadi penontonnya lebih ramai daripada yang beraksi di padang atau gelanggang.
Santapan minda kita bukan lagi bahan bacaan yang mendatangkan manfaat, tetapi santapan minda kita adalah bahan bacaan yang bukannya fakta tetapi fitnah, bukannya celoteh tetapi cercaan, bukannya berita tetapi hampas cerita yang sudah dibaca berulangkali sama ada di majalah mahupun di internet.
Sebenarnya, hiburan itu bagus jika ia dinikmati secara sambilan. Ia sampingan, bukan keutamaan. Ia sepatutnya merehatkan, bukannya meleka dan melalaikan. Sebaliknya, jika kita nikmati hiburan tidak tentu masanya, kita menjadi akibat dilolokkan. Akhirnya, kita menjadi manusia hedonis ~ manusia yang suka berseronok di sepanjang masa. Sedangkan keseronokan itu bukannya kebahagiaan.
Kerana keseronokan selalunya seketika.
Kebahagiaan lazimnya berpanjangan.






Terima kasih di atas segalanya
Terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini suri hidupmu
Terima kasih kerana menerima daku seadanya
Terima kasih menjadi pelindung diri ini
Terima kasih kerana menjadi sifuku
Terima kasih kerana kau suamiku selama 19 tahun ini dan moga selamanya














Semoga cinta dan kasih kita kerana Allah
Suhuf Ibrahim ada menyebutkan:
“Orang berakal harus mempunyai tiga waktu yang perlu dimanfaatkannya: satu waktu untuk bermunajat kepada tuhannya, waktu kedua untuk dia bermuhasabah diri, dan waktu ketika untuk dia menikmati kesenangan-kesenangan dunia yang halal baginya kerana waktu yang terakhir ini akan membantu perlaksanaan waktu-waktu yang lain.”
Bukan mudah untuk kita membahagikan masa dengan penuh kualiti sepanjang masa. Namun apa jua alasan yang kita berikan, hakikatnya mereka yang berstatus hamba Allah seharusnya membuat pembahagian masa seperti ini dalam kehidupan kita. Ramai yang berfikir bahawa hidup hanya sekali, inilah masanya untuk menikmati keseronokkan dunia. Akhirnya kehidupan yang sekali ini tidak dinikmati secara baik.
Tidak mengapa jika kita hanya berakhir di sini. Tidak perlu risau tentang dosa pahala jika kita hanya berkahir dengan kematian. Tetapi sukarnya kerana adanya kebangkitan kedua. Kerana itulah model kata-kata hidup perlu seronok tidak boleh diletakkan sebagai prinsip hidup kekal.
Nabi Ibrahim adalah Rasul agung. Pengorbanannya bukan sekadar pengorbanan kita yang kita rasakan besar ini. Pengajaran dari suhuf baginda jelas meletakkan bahawa pengabdian kita adalah pada Tuhan, kemudian lihat siapa diri, dan diakhirnya barulah diberikan pilihan untuk menikmati dunia sekadarnya.








Kalau posing takyah suruh2...tahu sendiri je....semoga puteri2ku menjadi anak2 yang solehah...InsyaAllah






Nasoha wedding day-Tahniah...semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...InsyaAllah